Thursday, December 15, 2011

Digital Art dari artist china Benjamin - Remember

Direview oleh Kimia


Assalamualaikum dan salam sejahtera... dalam aku mamun2 memikirkan tahun 2012 yang akan menjelma, ak tertarik melihat perkembangan sihat blog ni dari hari ke hari, bertambah2 meriah bila seakan-akan ada perperangan entry dari brade kosong ngan brade dirty.. dalam mereka meng"haqqqhh tuuihh"kan sesama mereka, aku nak menyelitkan diri aku..jangan aku plak di 'haqq tuuuihhkan.... kehadiran aku cume nak memeriahkan suasana (aiceceh,ayat selamat dari di "haaqqqhhh tuuiiih"kan) ..

ok.. strait to the focus point, entry aku kali ni nak beromong sikit pasal 1 artis manga yang agak aku minat la..aku xbrape nk minat work2 manga dari jepun ke korea ke cina(well.. korang peduli hape aku minat ke x kan).Tapi work dr artis yang bernama Benjamin ni agak aku suke n  agak berlainan dari work2 manga yang laen..

nama sebenar mamat ni Benjamin Zhang Bin,lahir pada 16 mac 1974, lahir kat China dan memulakan karier sebagai artis komik Manhua (salah satu komik terbitan artis2 hebat dari negara China). Mamat ni gak  telah beberapa kali d jemput untuk membuat cover untuk komik2 terbitan marvel.
Kehebatan mamat ni bertambah2 terserlah bila mana dia telah di pertanggungjawabkan menghasilkan video clip pop star dr Perancis Jena Lee, mengabungkan illustrasi2 beliau dengan live action dari Jena Lee sendiri.Walaupun aku x paham sepatah haram lagu dari video clip 2...
Mengunakan Digital painting,graphic tablet dan Corel Painter untuk menghasilkan work2 beliau,sebab 2 la aku agak tertarik kat work mamat ni yang seakan2 mengunakan cat minyak...



antara work2 yang memberi inspirasi pada aku...



Agak susah nak mencari link untuk search lebih banyak info pasal mamat ni sebenarnye.. kalu korang btol2 berminat bleh la cari kat wikipedia. Setakat 2 entry aku kali, sape2 nak menginfokan lebih banyak pasal mamat ni, rajin2 la drop komen ea..Wassalam..











2 comments: