Showing posts with label Review Artist. Show all posts
Showing posts with label Review Artist. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

Kanvas lukisan berasaskan langit



Di review oleh Dirty


 As salam kepada semua pengguna2 internet yang disegani dari dalam negeri dan luar negara. Diharapkan semua dalam keadaan sihat meskipun sering di himpit dgn pelbagai acara jenayah manusia di akhir zaman yang bersifat zahir ataupun yang bersifat batin. Dan selesai sahaja ucapan tadi maka bermulalah entry pertama dari brader dirty untuk tahun 2014 . dah bleh tepuk tangan .

Review seni kali ni mengenai saudara Thomas Lamadieu , artist dari Perancis dgn lukisan beliau yang menggunakan langit sebagai canvas untuk dijadikan sebagai sebuah lukisan. Antara contoh2 lukisan nyer jom cek ki dot .




Mengikut dari kata2 mamat yang dilahirkan pada 27 May 1985 ni , yang juga diiktiraf sbg bakat muda pada tahun 2011 di AAF ( Affordable Art Fair ) di Brussels dan di nobat sbg Art Creative 2012 juga di Tranoi show 2013 masing2 di Perancis ini menyatakan ,

Beliau menjadikan langit sebagai medium asas dalam lukisan kerana matlamat beliau ialah adalah untuk menunjukkan persepsi yang berbeza melalui persekitaran harian dgn imaginasi yg terbuka untuk menjadikan sesuatu yang hidup itu lebih hidup walaupun sering dipandang mati seperti langit. ( ayat ni aku tambah2 nak bagi berbunga padahal dia cakap sikit jer )







Aku suka orang macam ni , berfikir di luar sempadan . Menjadikan seni sbg interpretasi dlm menyumbang kepada perkataan peace , life , love , tanpa perlu pergi konsert makan dadah pastu popular sbb mati kat konsert sbb makan dadah . kan ?


sekian dari peng'entry' yang baru baik demam .

Saturday, February 18, 2012

Seni karikatur yang kelakar-Jason Seiler-

direview oleh kimia

Jason Seiler

jason selfpotrait
 -mendapat pendidikan seni dari  the American Academy of Art Chicago,Illustrasi seni halus

-meghasilkan karya untuk-TIME, Business Week, The New York Times, The Wall Street Journal, The Weekly Standard, MAD magazine, GOLF magazine, KING magazine, Revolver, Guitar Player, The Village Voice, Penguin Group, Disney, The New York Observer, D Magazine, The Bloomberg Market, New Line Cinema, Universal Pictures, Aardman Animation,dan  Sony Image,

-menerbitkan buku- Caricature the Art of Jason Seiler dan the coffee-table book, SEILER 2008-2009,juga DVD- Sketching with Jason Seiler

-sudah berkawin dan menetap di Chicago bersama2 isteri,kat dan dua orang anak perempuan nye,Isabeau and Ava.







antara karya-karya beliau yang unik dan klako...

  
R.I.P
jack..u jump i jump.. kabusshh..


Wednesday, February 15, 2012

13 Photographer dan gambar peribadi yang diiktiraf dunia !!!

Direview oleh Dirty

Kesemua dari 13 photographer ini mempunyai satu gambar yang dikenali seluruh dunia dan setiap dari gambar yang dikenali di seluruh dunia ini milik salah seorang dari photographer yang disegani diseluruh dunia. Jadi, lets take a look gambar - gambar 13 photographer bersama dengan gambar yang diktiraf dunia.

Monday, February 13, 2012

The Art Of Wes Borland

by kosong

Assalamualaikum saye ucapkan kepada saudara saudari sekaliannye...berdirinya saya di sini adalah untuk mempereviewkan seorang lagi artis yang sangat handal melukis dan mewarna warnikan lukisan beliau...sekiranya hari itu saya telah mempereviewkan seorang artis yang bernama Brandon Boyd,jadinye dengan ini saye ingin mempereviewkan pula seorang lagi makhluk yang bernama Wes Borland...ada pun mereka berdua ini bukanlah adik beradik mahupun sepupu sepapat ye sedare sedare...mereka hanyalah insan kerdil yang menetap di muka bumi ini...


hensem kan beliau..?haha...sebelum ape2 berlaku,mari la saye perkenalkan diri beliau serba sedikit..
  • name penuh beliau yg atuk dia kasi kat beliau adalah Wesley Louden Borland..mak abah dia panggil dia bobo je...eh..tipu je..
  • dilahirkan pada 7 Februari 1975..alaaa...dh lepas dh arijadi beliau...xsempat nk kasi hadiah..
  • berasal dari Virginia,beliau telah bersekolah menengah di tennessee dan berkolej pula di Florida..(sempoi je ayat....haha..)dan di situ la beliau telah mengembangkan skil beliau sebagai seorang sculptor dan painter yang sangat hensem....
  • beliau merupakan gitaris bagi kumpulan Kristal..eh..tipu lagi..kumpulan Limp Bizkit..beliau jugak ade side band beliau sendiri iaitu Big Dumb Face dan Black Light Burns..
  • telah belaja bermain gitar dari brade dirty,belaja melukih dari brade kosong dan belaja bermekap tak tentu hala dari brade kimia....hahaha
  • beliau telah banyak menghasilkan cover album dan mencipta begitu banyak artwork untuk projek musik beliau..(ayat tiru kat wikipedia..)
  • korang boleh folo work beliau kat  theborlandgallery. ..tak byk pun work dia..pemalas jgk beliau ni rupenye...

ok..cukup sudah saye memperkenalkan beliau ini kepade sedare sedare sume ye...harap2 sumanye terhibur...eh...

orait bebeh...skarang kite cekidaut plak work beliau....

What?Big Idiot What?

Projek tutorial photography yang mcm best..

by kimia


Lara Jade vs Joey L-Photographer shoot off-


Kali ni aku nak review pasal projek yang mcm best dari 2 photog yang aku xpernah kenal sebelum ni,

Lara Jade

-photog dalam bidang fesyen,potrait n iklan komersil

-keunikan dalam karya nye adalah mainan warna yang mempunyai elemen2   kegelapan romantik dan fantasi(mcm amy lee la kan...)

-pegang kemara pada umor 15 taun,umor 17 da stat bisnees dengan mengunakan label Lara Jade Photography

-lebih info pasal awek hot ni-http://www.larajade.co.uk/info/




Joey L

-mamat ni lahir kat Kanada

-shoot komersil -antaranye History Channel,Nickelodeon,Pennzoil

-banyak mengembara ke seluruh dunia ats sebab minat nye mengambil gambar

-“Joey L. is an entirely new breed of photographer who brings photojournalism to the fine art arena. The dignity and beauty that he portrays in peoples of rapidly vanishing cultures are incredibly important in getting their message out to the world.” —Dr. Peter Keller, President, Bowers Museum

-lebih info klik sini http://www.joeyl.com/



orite.nak di jadi kan cerita,mereka bergabung untuk menghasilkan DVD tutorial yang agak awesome ni.Mereka telah mengembara kebanyakan tempat tempat di seluruh dunia antaranya,Bolivia dan India untuk mendapatkan shoot2 yang menarik dan telah menghabiskan masa hampir 2 tahun untuk menghasilkan DVD tutorial ni.Dalam tutorial ni akan di pecah kan ke beberapa kategori untuk korang lebih mudah paham dan senang blajo..


  1. Colour Potrait


                         

Saturday, February 11, 2012

The Art Of Brandon Boyd

by kosong

Assalamualaikum sumenye..nampaknye brader dirty semakin rancak dgn entry2 beliau yg terbaru..seolah-olah ingin membalas dendam je rupenye..hehe..ape pun tahniah diucapkan kepada beliau..jadi aku pun tidak ingin ketinggalan untuk mengenaikkan entry aku yg terbaru utk hari ini...(sebabnye entry mata dari brader dirty mcm dh ade unsur2 marah je pasai admin2 lain tak up entry..hahaha)...jadinye,terima lah dari saye...

brandon boyd salute kat iniblogkitorang..haha
korang kenal x mamat kat sebelah ni..?kalo xkenal,mari ke mari sini aku kenalkan..

  • name penuh beliau mengikut ic adalah Brandon Charles Boyd..
  • beliau dilahirkan pada 15 februari 1976..lagi 4 ari je arijadi dia,bleh la simpan duit beli hadiah kasi kat dia..
  • beliau telah dilahirkan oleh ibunya di california..di hospital,bukan di rumah barangkali..
  • telah berkahwin dengan isteri beliau..eh...yeke..?
  • fokus beliau adalah kepada fine art,terutamanya painting2..
  • beliau jugak merupakan lead vocalist kumpulan incubus..
  • beliau telah melahirkan 2 buah buku mewarna..eh...buku art dia la..aku pun xtau nk sebut ape..iaitu 'White Fluffy Clouds' dan juga 'From The Murks of the Sultry Abyss'...sape2 yang nk order buku ni bleh la g website dia kat sini..kalo dh beli tu,nnti bleh la kasi aku pinjam..huhu
  • juga merupakan penggemar sukan air iaitu sape selam paling  lame dlm air..xde..tipu je..beliau suke surfing di lautan biru..
  • mempunyai cacah ikan kaloi di bahagian lengan beliau..korang jgn ikut plak prangai dia yg satu ni..brade dirty marah nnti..  


tu je la yg bleh aku terangkan mengenai beliau ni..nk terang lebih2 kang takut korang kate aku tipu plak...huhu
dan berikut adalah contoh2 karya dari beliau..                      


untuk projek Hurley..
the gajah and the tikus
the rokoks..

Tuesday, February 7, 2012

Lukisan 3D daripada kaca ??

Direview oleh Dirty




Xia Xiaowan , pelukis dari Beijing China yang berusia hampir 53 tahun ni la yang memperkenalkan dunia dgn 3d painting on glass nya secara umum ..

Sebelum terkenal dgn lukisan 3D, asalnya beliau hanya la seorang pelukis traditional yang x berapa orang kenal sangat.






    Antara Work2 Lukisan Kaca Beliau



Dikatakan punca utama terjadinya lukisan menggunakan lapisan kaca ni adalah kerana dia x cukup tempat nak letak work2 dia dekat pameran solo dia di Muzium Seni kat Beijing sana.


Monday, February 6, 2012

Tangkap gambar dalam air bersama hot makcik

Direview dalam air oleh Dirty

As salam kepada semua pembaca blog kitorang. Diharapkan korang sentiasa hensem macam brader kosong dan sentiasa cute macam brader kimia dan juga sentiasa hensem dan cute macam brader dirty .. kekeke .. hari ni aku nak review pasal photography dalam air. Sebelum ni brader kimia ada review gak pasal photography dalam air but is more kepada exhibition by Andreas Franke. Korang bleh klik kat sini  kalau korang nak tengok. Tapi tuk entry aku kali ni lebih kepada experiment seni photography dalam air yang di shoot oleh  makcik yang bajek comey ni. So tunggu apa lagi, lets gone ..


Valerie Morignat , merupakan underwater photographer juga seorang direktor filem dan juga seorang artis.

Dilahirkan di New Celedonia pada tahun 1974 dan salah seorang graduan dari Sorbonne University of Paris dan berkelulusan Ph.D dalam bidang fine arts and art sciences.

Menetap di New York City dan Perancis so automatically tidak  pernah menetap bersama brader kimia di Tambun, Ipoh Perak

Merupakan assistant professor dalam bidang fine Art and Cultural Studies Departments of the Sorbonne untuk beberapa tahun dan menjadi tenaga pengajar di University Paris 8. 

Tersenarai sebagai calon finalis dalam macam2 photo contest antaranya Sony World Photography Award.

Dikatakan beliau X pernah langsung datang ke kenduri tunang brader kosong. 

Merupakan President-Founder kepada company guaman persendirian iaitu Transmedia Consulting



So tanpa membuang masa , memenatkan aku menaip-naip menggunakan keyboard aku yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi ni, Jom kita tengok2 hasil work2 air dari air tangan beliau.





Sunday, January 29, 2012

Style ~~ Agnes Cecile awek cun dgn lukisan yang sangat awesome !!!



Direview oleh Dirty

As salam kepada semua pembaca blog kitorang yang hensem dan cun, Firstly, mintak maap la jarang update entry skang ni ye. Sampai ada org cakap hangat2 tahi ayam jer buat blog ni. Haihh nak perli pun agak2 ler . Bertanyakan x salah. Bukan xnak update entry, computer aku rosak. Well selaku lead admin ( eh! yeke hahaha ) kalau dah jarang update so pemegang saham blog kitorang yang lain iaitu brader kosong ngan kimia pun turut slow la jugak ( cover line ). Kalau dah ok nanti aku update hari2 yer. Korang tengok la sampai muntah nanti. Skang aku nak citer pasal awek cun kat bawah ni ..Pearghhhhh !!!


Nama sebenar dia Silvia Pelissero. Habis tu sapa Agnes Cecile? Tu nama samaran dia, kalau korang search jer nama tu confirm senang jumpa.

Hanya menerima pendidikan tertinggi di Art High School di Itali pastu dia bergerak bebas perjuangkan seni dia tanpa mengikut protokol dunia yang memerlukan sijil , ijazah , watefak apa suma . Just be herself.

Dia lahir tahun 1991 kat Rome Itali , maknanya awek ni baru umur 21 tahun. Serius muda g kot tapi pencapaian dia dah tip top. Dah ada exhibition sendiri. Kira nama dia dah tersenarai antara top favorite artist painter lah.


Skang ni jom layan antara work2 awesome dia




Kesemua hasil hasil seni dia ni hanya menggunakan cara traditional tanpa sebarang bantuan dari software terkini macam corel painter, photoshop, a.i dan bla bla bla .. awesome kan ? awesome ke x ? arghhh tensen aku ..




Skang tgk antara video workflow dari awek cun ni .. pastu korang nilai awesome ke x awesome ..



Skang, amacam awesome ke x ? kalau korang rasa x awesome gak xtau la aku. lantak kome la janji aku suka stroke macam dia ni sbb sangat dekat ngan jiwa aku ni. ewahhh .. Jadi sekian saja entry aku .. Awesomeeeee ..


P/S : Awek yang cintakan seni amat memberahikan :P









Thursday, December 15, 2011

Digital Art dari artist china Benjamin - Remember

Direview oleh Kimia


Assalamualaikum dan salam sejahtera... dalam aku mamun2 memikirkan tahun 2012 yang akan menjelma, ak tertarik melihat perkembangan sihat blog ni dari hari ke hari, bertambah2 meriah bila seakan-akan ada perperangan entry dari brade kosong ngan brade dirty.. dalam mereka meng"haqqqhh tuuihh"kan sesama mereka, aku nak menyelitkan diri aku..jangan aku plak di 'haqq tuuuihhkan.... kehadiran aku cume nak memeriahkan suasana (aiceceh,ayat selamat dari di "haaqqqhhh tuuiiih"kan) ..

ok.. strait to the focus point, entry aku kali ni nak beromong sikit pasal 1 artis manga yang agak aku minat la..aku xbrape nk minat work2 manga dari jepun ke korea ke cina(well.. korang peduli hape aku minat ke x kan).Tapi work dr artis yang bernama Benjamin ni agak aku suke n  agak berlainan dari work2 manga yang laen..

nama sebenar mamat ni Benjamin Zhang Bin,lahir pada 16 mac 1974, lahir kat China dan memulakan karier sebagai artis komik Manhua (salah satu komik terbitan artis2 hebat dari negara China). Mamat ni gak  telah beberapa kali d jemput untuk membuat cover untuk komik2 terbitan marvel.
Kehebatan mamat ni bertambah2 terserlah bila mana dia telah di pertanggungjawabkan menghasilkan video clip pop star dr Perancis Jena Lee, mengabungkan illustrasi2 beliau dengan live action dari Jena Lee sendiri.Walaupun aku x paham sepatah haram lagu dari video clip 2...
Mengunakan Digital painting,graphic tablet dan Corel Painter untuk menghasilkan work2 beliau,sebab 2 la aku agak tertarik kat work mamat ni yang seakan2 mengunakan cat minyak...



antara work2 yang memberi inspirasi pada aku...



Agak susah nak mencari link untuk search lebih banyak info pasal mamat ni sebenarnye.. kalu korang btol2 berminat bleh la cari kat wikipedia. Setakat 2 entry aku kali, sape2 nak menginfokan lebih banyak pasal mamat ni, rajin2 la drop komen ea..Wassalam..











Wednesday, December 14, 2011

Style ~~ Fenomena terbaru dari photographer Japan

Direview oleh Dirty


As salam , hari ni aku nak review mengenai Levitation Photography atau di translatekan kepada bahasa melayu bermaksud pengangkatan atau lebih afdal disebut terapung yang menjadi satu trademark buat photographer yang comel kiut miut dari Tokyo, Japan iaitu Natsumi Hayashi yang juga dikenali sebagai yowayowa yang bermaksud lemah .. eh lemah ? kenapa lemah ? tapi work dia x selemah nama dia .. cool beb ..                               

"Since I'm yowayowa, it's really heavy to carry SLR cameras around."




Jom cek ki dot antara work2 terbang dia



Bagi org lain mungkin ada yang pikir mende camni mengarut tapi bagi aku gambar2 dia ni penuh ngan cerita dan emosi walaupun sekadar melompat , tapi expression muka yang slumber perghhh terbaik .. kata si yowayowa ni .. dia kena melompat banyak kali baru bleh capture perfect picture .. korang pun bleh wat .. asalkan korang slumber , energy , mempunyai semangat kesukanan yang tinggi , kesungguhan yang jitu dan yg paling penting xda penyakit .. cuba bayangkan kalau shoot wedding wat camnie .. mau berpeluh customer .. huhu




Ini antara contoh2 hasil dia yang membuatkan aku teransang tuk shoot camnie gak tapi more to my dirty version .. kalau korang nak tgk lagi korang bleh klik laman web dia http://yowayowacamera.com/banana/ .. kat sana ada banyak lagi gambar yang dia buat .. layan dowh ..

btw .. brader kosong pun ader wat work lavitation jugak dan dia sendri menggelarkan work dia tu sebagai work paling seni di abad ini .. korang nak tgk gak ? korang bleh .klik kat sini .. dah tgk jgn salahkan aku ..

hak tuuuuiihhhh

P/S : kalu korang shoot camnie banyak kali confirm cepat kurus :P