Saturday, December 17, 2011

Fixie-1 trend baru?

Di review oleh kimia


Dalam perjalanan aku balik keje lebh kurang kul 10 mlm semalam, aku tertarik tengok sekumpulan bebudak muda sedang bersemangat mengayuh basikal pelbagai warna(e.g pink,ijo.kunin).Rajin bebeno dorg mengayuh basikal memalam mcm ni.Aku pun dengan lagak seperti wartawan harian metro pegi menemubual salah sorg dari bebudak 2.. dari info budak yg bernama Aiman 2, kegilaan terhadap 'fixie' ni sebenarnya masih baru d negara ni kalu nk d bandingkan di negara2 luar seperti eropah o amerika..
well.. kalau x silap aku,benda ni jd popular sejak adanya video clip dari band 30 saat ke Marikh bertajuk King & Queen.Sejak 2 selalu aku nampak konvoi bebudak fixie ni berkayuh ke mana hala,aku pun x tou..


meriah je aku tengok dorg berkayuh beramai2 dlm vdeo klip ni kan, ase nak join skali je(seingat aku,kali terakhir aku mengayuh basikal masa jd student dulu.. kira2 3-4 tahun lepaih.2 pun separuh nyawa).
    starit 2 ampang point.. ni antara info2 yang aku dapat dari Aiman n sedikit research dari internet..
Sebenarnye asal penggunaan basikal ni bermula di U.S.Akibat jalan raya kat Kota New York 2 jem yang melampau2,Posmen o bebudak penghantar paper ni meggunakan basikal untuk memudahkan tugasan diorang.Bukan saje menjimatkan masa tetapi juga mgurangkan kesesakan jalan raya.Tapi lama kelamaan ianya menjadi trend sehingga pada satu tahap pemakai nye di anggap 'elegen' kerana nilai fixie ni semakin mahal dari hari ke hari. Keistimewaan Fixie ni,selain ringan ianye juga x mempunyai brek.. pehal plak xde brek kalu nak benti cmne?
haaa.. 2 la spesel nye fixie.. klu korng nak bhenti,korang hanya perlu kayuh ke belakang,kne pndai kontrol gak la.. pada yang xtou 2 ,mau gak eksiden 2-3 kali...

Faktor2 yang membuatkan fixie semakin di minati..
1.Murah
2.Simple,ringan n senang nak bawak ke mana2
3.korang blh design fixie korang ikut slera n kepaleotak korang sendiri
4.Jiwa Kelajuan(bak kata Noh Hujan)
5.Trend,kool,sempoi....
  
Antara bukti yang mnunjukkan trend ni semakin popular dlm negara kita.Vdeo klip dari hazama ni Otai rock Amy Search..peeeewiiiittttttttttt....haha.Dari korang join Rempit yang menjahanam kan nyawa korang,baek kayuh basikal, sihat tubuh badan masyarakat pun x benci..Kepada brade Kosong,jom beli sekeping basikal ni, kayuh dari malim nawar ke ipo...lebih banyak info klik http://www.sepedazone.com/




P/s -tenkiu pada adik aiman...walaupun sembang banyak yang aku x paham..

No comments:

Post a Comment