Thursday, May 17, 2012

Tutorial Editing Poster dalam 5 minit

by Dirty

As salam,

hello .. bertemu semula kini dan selamanya bersama dgn abg Dirty dalam label entry terbaru iaitu ruangan tutorial .. haaa tgh seronok2 abang main game online nak bunuh bos .. tetiba abg dapat job.. job daripada awek askar wataniah

Dia mintak abang tolong editkan satu poster berkenaan dgn askar di felda kelapa sawit .. Motif ? xder la plak abg nak tanya sbb abg bukan polis nak tanya2 ni .. Jadi hari ini boleh lah adik2 yang mana baru nak belajar editing boleh belajar melalui blog kitorang ni .. seronok kan ?


Memandangkan customer yang call abang tu x bagi description tentang poster dia so abang pandai2 la wat sendri .. haha

so editing ni hanya memerlukan sebanyak 5 minit sahaja .. yang mana baru kenal photoshop boleh try mengikut step2 yang akan saya citerkan .. yang dah power2 bleh main jauh2 .. so adik2 mari belajar bersama dengan abg dirty .. ayuhh ..



1) Mula2 adik2 kena ada stock photo .. so ni link dia .. klik pastu save as jpeg ..

Askar - http://www.wallbest.com/wallpapers/hd/band-of-brothers-cast.jpg
kelapa sawit - http://www.cepolina.com/photo/nature/trees/arecaceae_trees/oil_palm/5/palm_oil_jungle.jpg

2) Sekarang adik2 kena ada canvas kosong plak.. so untuk poster kali ni sbb xder info dari customer .. so abg gunakan saiz potrait 24" x 36".. yang ni terpulang pada adik2 suma nak saiz berapa .. kalu xtau ikut jer ..

Mula2 adik2 klik file -> new -> pastu kuar mende kat bawah ni dan follow je apa yang dia tulis


3)Pastu akan kuar satu canvas kosong putih suci , then adik suma kena drag kan gambar masuk ke dalam canvas kosong tu .. cara2nya macam mana? senang jer .. ikut apa yang abang tulis kat bawah ni ..
  1. Klik File -> Open -> pilih gambar pokok kelapa sawit yang telah di savekan pastu open
  2. Sekarang klik gambar pokok tu pastu tekan ctrl +A untuk select gambar pokok tu
  3. Pastu tekan mouse belah kanan jgn lepas tarik masuk ke canvas kosong tu mcm gambar kat bawah ni ... jgn malas tarik2 ..



  • Sekarang masukkan gambar askar mengikut cara seperti yang adik2 masukkan gambar pokok seperti mana yang abang ajar tadi ..
  • Letakkan gambar askar tu mcm abg letakkan mengikut gambar rajah di atas ..  ayat dah mcm kertas peperiksaan jer .




  • Sekarang pastikan layer di sebelah kanan adik sama susunannya sama dengan gambar di atas .. pastu namakan setiap layer mengikut gambar yang ada kat layer tu .. abang malas ..

4) Langkah seterusnya ialah belajar cara nak cropping dan masking

  • pilih pen tool seperti mana gambar yang abang highlight kan tu



  • sekarang klik kiri mouse dan sambungkan titik2 anchor point sampai close path mengikut bentuk tubuh badan askar tu tuk buang background belakang sampai lah jadi macam gambar kat bawah ni .. yang mana x paham bleh tanya ..





  • Bila dah siap potong gambar tu adik2 kena la plak tekan  right klik -> make selection -> dan setkan radius kepada 5 -> pastu ok .. ini bertujuan tuk memastikan cropping pada gambar sama dengan kehalusan mengikut gambar background .. x paham ? x paham tanya .. 

5) sekarang ikut step yang abang bg kat bawah supaya jadi  macam gambar rajah di atas

  • klik layer gambar askar
  • tekan gambar tuk add layer masking
  • pastu nnt kuar petak hitam putih sebelah gambar askar tu .. adik2 klik gambar kotak hitam putih tu
  • Sekarang tekan ctrl + I tuk terbalikkan gambar tu ..

Hasilnya adik2 akan dapat camnie ..


  • Kemas kinikan apa yang patut dengan memotong celah2 kangkang askar2 tu menggunakan pen tool sama seperti cara tadi supaya lebih kemas .. abang malas nak ajar dah ..


6) langkah seterusnya ialah toning .. untuk menyama ratakan lagi supaya gambar tu xder la nampak macam kena tampal .. aaa tunggu pa lagi cepat buat .. sembang apa lagi tu ..

  • klik layer pokok pastu g kat adjustment layer then klik curve .. set kan mengikut apa yang abg bagi ni
  1. RGB - output 118 input 155
  2. RED - output 121 input 121
  3. GREEN - output 107 input 127
  4. BLUE - output 116 input 120

  • sekarang cari saturation .. ada sapa jumpa kat mana ? kalau jumpa bagus xjumpa boleh tanya .. sama gak ikut jer apa yang abang tulis kat bawah ni 

  1. hue +8 
  2. saturation -47
  3. Lightness biarkan kosong

  • Dan untuk langkah terakhir, klik pulak layer askar pastu cari colour balance pastu follow gambar kat bawah .. cepat sikit buat  abang dah ngantuk dah ni ..




Dan akhirnya siapla poster dalam masa 5 minit .. Untuk dapatkan lebih umph lagi adik2 bleh adjust level untuk langkah terakhir .. macam mana nak ejas ? xtau bleh tanya ..

Apa dia ? buat editing ni dah lebih daripada 5 minit .. mestila lebih .. adik2 kan baru belajar .. adik baca apa abang tulis jer dah 2 jam .. mesti la lama .. nnt lama2 nnt selalu practice pandai la nnt .. bawak2 sabar .. abg penampor nnt kang ..


Sampai sini sahaja tutorial abg .. mintak maap banyak2 sebab ni first time abg wat tutorial .. kalau x suka bleh cari cikgu lain .. abg x heran .. kalau suka terima kasih .. Sekian sahaja editing tutorial khas tuk org2 baru nak kenal apa itu photoshop .. Babai ..




P/s : akhirnya tamat sudah kelas bleh tidur ..



          













1 comment:

  1. I think this is among the most important information for me.
    And i am glad reading your article. But wanna remark on few general things, The site style is wonderful,
    the articles is really nice : D. Good job, cheers
    vhs to dvd reviews

    ReplyDelete