Friday, December 9, 2011

10 lukisan termahal di dunia

Di review oleh Dirty

As salam kepada semua yg sedang membaca entri aku ni .. Nampaknya blog kitorang ni semakin serius menyampaikan hasil2 seni dari seantero dunia sehingga membuatkan brader kosong hampir2 menarik diri kerana x mampu nak se serius mcm admin blog kitorang yg lain .. Haha .. Itu ari aku ada up entry pasal gambar termahal di dunia .. yg mana belum tgk korang bleh .klik sini . aku seriuskan lagi blog ni dgn top 10 lukisan termahal di dunia plak .. check it out .. Zzzzzz ...


- 10 -

Lukisan berasaskan cat minyak yang berjudulkan Irises ini adalah hasil dari Vincent Van Gogh .. Brader Kimia ada review psl mamat ni .. korang bleh klik sini kalau nak tgk .. Harga sebenar dia $53.9 million meningkat 2 kali ganda menjadi $105.1 million sekaligus tersenarai sbg Top 10 lukisan termahal di dunia ..

- 9 -

Lukisan termahal yg mendapat tempat ke 9 ini jatuh pada Pablo Picasso .. Lukisan yg berharga $106.1 million ini diberi judul Dora Maar au Chat ditujukan khas kepada gadis yang bernama Maar ( 29 tahun ) a.k.a gadis yang berjaya membuatkan beliau ( 55 tahun ) cair dan seterusnya dijadikan sebagai suri di hati. Orang tua umor 55 tahun pun bleh ayat awek 29 tahun .. power ar ..

- 8 - 

Vincent Van Gogh sekali lagi merebut tempat dalam senarai Top 10 lukisan termahal di dunia .. Lukisan berasaskan cat minyak yg berharga $107.++ million dan diberi tajuk Potrait of Joseph Roulin ini kini berada di Museum of modern art , NY city. Ada duit boleh g sana tengok .. kalu xda tgk kat sini jer ..

                                    - 7 -                                                              - 6 -

Itu dia .. Pablo Picasso mencantas kembali kedudukan beliau dari Vincent Van Gogh dgn mengungguli tempat ke tujuh dan ke enam dalam senarai lukisan termahal di dunia .. sila tepuk tangan ramai ramai ..

Lukisan yg mendapat tempat ke 7 dalam senarai ni berharga sbnyak $110.2 million .. Lukisan yang berjudulkan Nude, Green Leaves and Bust ini ditujukan khas buat prempuan simpanan beliau yg bernama Marie Theresa Walter dan juga menjadi rekod sejarah dalam harga bidaan tertinggi di dunia iaitu sebanyak US$106.5 million ..

Manakala lukisan yang mendapat tempat ke 6 turut dimiliki oleh Pablo Picasso dgn harga sebanyak $124.3 million. Diberi judul Garcon a la pipe berpandukan model kanak2 lelaki yg memegang pipe dan juga memakai kalungan bunga di kepala bertujuan untuk membezakan erti feminin dan maskulin dalam karya beliau yang ini.

- 5 -

Tempat ke 5 jatuh pada artist dari perancis Pierre-Arguste Renoir dgn harga bernilai $136.4 million. Lukisan pada tahun 1876 yang berjudul Bal du moulin de la Galette ini dilukis melalui permandangan sebenar golongan2 pekerja bawahan yg menghabiskan masa petang ahad diorang ngan berpesta , berpakaian seperti org kaya , menari , dan mabuk sampai lewat malam.

- 4 -

Sekali lagi Vincent Van Gogh tersenarai dlm list lukisan termahal di dunia dan mengucapkan bye bye kepada saingan sengit beliau iaitu Pablo Picasso . Lukisan potret diri sendri dengan pembalut luka yang di balut di bahagian telinga kanan lepas dia potong telinga dia sbb x tahan dengar kutukan dari org sekeliling ni menjadikan work dia ni berada di tempat ke 4 lukisan termahal di dunia. Mental mental mamat ni pun work dia ni dah mencecah sampai harga $144.1 million. nak potong telinga gak la camnie :P

- 3 - 

Top 3 lukisan termahal di dunia dimiliki oleh Gustav Klimt dgn lukisan beliau yg bertajuk Potrait of Adele Bloch- Bauer I kini berharga $150.2 million yang memerlukan selama 3 tahun untuk disiapkan. Yang menariknya, selain penggunaan minyak , emas juga menjadi salah satu medium yg digunakan untuk menghasilkan work dia ni. Disiapkan sepenuhnya pada tahun 1907 dan telah terjual pada tahun 2006

- 2 -

Lukisan yang aku rasa mcm budak tadika melukis ni mendapat tempat kedua dalam list termahal dunia. Di lukis oleh Willem de Kooning telah terjual dgn harga sbnyak $154 million. Woman III tajuk kepada work dia ni  merupakan salah satu series dalam 6 lagi lukisan dia yg bertemakan perempuan .. patut la nama dia kuning .. perempuan je yang dia igt nya ..  

- 1 -

Dan tempat pertama dimenangi oleh orang America iaitu Jackson Pollock dgn work yg berjudul No. 5, 1948 ni terlalu abstract bagi aku untuk aku pahami .. Lukisan yang dibuat pada saiz 8' x 4 ' ni hanya menggunakan cat kuning dgn cat coklat yg dipercik atas canvas dan membentuk menjadi seperti sarang burung. Work termahal di dunia ini bernilai $156.8 million dan dikatakan akan melonjak lagi harganya sbb ada new buyers yg nak beli dari owner skang.. Tahniah aku ucapkan .. tepuk tangan tepuk tangan ..

Mungkin ramai bertanya kenapa Potret Mona Lisa dari Leonardo Da Vinci x tersenarai dalam top ten pembelian lukisan termahal di dunia .. Malah lukisan potret Mona lisa ni x tersenarai dalam top 40 pun .. ini kerana potret Mona Lisa tidak dijual pada mana2 pihak tetapi telah di insurankan dgn harga sbnyak AS $100 juta sekaligus dinobatkan sbgai insuran lukisan termahal di dunia dan kalau dikira2  nilai harga insuran tuk potret Mona lisa sehingga tahun 2011 ni , telah mencecah sebanyak AS $743 juta .. Wallaweiii ...


P/S : Agak2 bila work aku boleh berada dalam list :P




5 comments:

  1. ...cam tak cantik je,tapi mahal ya...

    ReplyDelete
  2. well rozaiman .. originality , kualiti estetik kerja dalam penghasilan seni , mungkin tu yang membuatkan work ni mahal ..

    ReplyDelete
  3. Biar saya terangkan mengapa work Jackson Pollock tu harus ditabalkan sebagai no1..sebenarnya karya jackson pollock nie mempunyai maksud yang mendalam..cuba anda semua tengok dari setiap sudut pandangan..anda akan melihat garisan yang tenggelam dan timbul..blur dan sharpen..komposisi yang tidak teratur akibat emosi jackson pollock ketika itu..kombinasi warna primier sekunder tetier yang menakjubkan..itu saja info yang saya dapat sharing is caring..dan jangan lupa sebelum Jackson Pollock beralih ke aliran Abstract ini..dia adalah seorang pure painting artis yang mempunyai visual analysis yang hebat.. :)

    ReplyDelete
  4. gud2 .. ada info bagus2 .. bleh share pada org ramai

    ReplyDelete